Salam 1 U.P.S.I kepada warga-warga U.P.S.I
dan salam perpaduan untuk semua..
Hari nie admin nak kongsi 1 resepi khas untuk semua..
memandangkan admin dah berada di negeri Perak selama sebulan..
oleh itu admin tertarik nak kongsi 1 resepi dari negeri Perak..
resepi nie diberi nama "Rendang Tok Perak"
Admin nak kongsi sedikit tentang resepi ni..
Rendang tok sebenarnya dikatakan berasal dari Kampung Pisang Batu Gajah, Perak yang kemudiannya tersebar ke kebanyakan daerah di Perak.
Rendang Tok merupakan hidangan Melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri tanpa dicampur bahan pengawet dan perasa tiruan.
Lebih unik lagi, masakan Rendang Tok ini masih disediakan menggunakan cara tradisional iaitu di atas dapur kayu.
Hidangan ini dikatakan dibawa secara turun temurun sejak zaman dahulu kerana kaedah masakan yang melibatkan rempah dan bahan tradisional.
Resepi Rendang Tok Perak
Nama rendang tok ini juga dikatakan digunakan pada zaman dahulu oleh kerana ia dimasak oleh orang tua pada ketika itu dan cara masakan pula sehingga kering dan berwarna hitam. Itulah asal usul nama rendang tok.
~Rendang Tok Perak~ |
Bahan-bahan yang kita perlukan untuk menyediakan rendang ni adalah:
150 gm bawang kecil
120 gm bawang putih
150 gm halia (dikisar)
10 batang serai (dikisar halus)2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
½ sudu kecil lada hitam
10 biji buah pelaga
10 biji bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ biji kelapa untuk dibuat kerisik
2 biji kelapa (ambil santannya)
3 sudu kecil santan
2 sudu kecil gula
2 helai daun kunyit
Cara untuk menghasilkan rendang ini amat mudah...caranya ialah:
Perapkan daging bersama semua bahan-bahan kisar selama lebih kurang dua jam. Selepas itu bolehlah dimasak lebih kurang 2 hingga 2 1/2 jam sehingga kuah menjadi kering. Pastikan daging itu empuk dan lembut. Selepas itu, masukkan perasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan