Isnin, 5 September 2011

~Laksa Sarawak~

Salam semua..
hari nie admin nak kongsi 1 lagi resepi khas buat anda semua..
kalau anda semua nak cuba resepi nie kat rumah admin alu-alukan...

Laksa Sarawak

laksa sarawak



Bahan-bahan:

2 sdm minyak untuk menumis
1 liter air
2 sdm serbuk kari
1 sdt garam
600 g mi kuning, celur dan toskan
6 keping otak-otak, hiris nipis
5 keping tahu putih, goreng, potong dadu 2 cm
150 g taugeh, bersihkan, celur
3 butir telur ayam, buat dadar, hiris nipis
200 g dada ayam, rebus, hiris nipis

Bahan untuk dikisar:

8 tangkai lada merah
10 biji bawang merah
1 batang serai
2 cm lengkuas
½ cm kunyit
½ sdt belacan, goreng

Sambal, kisar:

10 tangkai cili api merah
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sdm udang kering
½ sdt garam
½ sdt gula pasir

Pelengkap:

Bawang goreng
1 biji limau nipis


Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar hingga naik bau. Tuang air, serbuk kari dan garam. Masak hingga mendidih. Tutup api.
2. Masukkan mi, otak-otak, tahu, taugeh, telur dadar dan hirisan ayam dalam mangkuk. Tuang kuah hingga penuh. Sajikan dengan pelengkapnya.



selamat mencuba..

Selasa, 23 Ogos 2011

~Ayam Jagung Manis~

Salam semua..
hari ini admin akan kongsi lagi 1 resepi khas untuk pembaca semua...
jadi kalau anda semua berminat dengan resepi ni boleh la cuba di rumah k..^_^

~Ayam Jagung Manis~

ayam jagung manis

Bahan-Bahan
4 ketul peha ayam
75 gram mentega
Garam dan serbuk lada sulah
Sebiji lemon (potong menjadi lapan hiris)
Daun pasli untuk hiasan
Bahan Untuk Sos
25 gram mentega
1 biji bawang besar (dicincang)
1 tin jagung manis (toskan)
25 gram tepung
300 gram susu sejat
Garam dan lada sulah secukup rasa
Cara Penyediaan
1. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul serta lumurkan dengan mentega, garam dan lada sulah.
2. Grill atau goreng hingga warna keemasan selama 15-20 minit.
3. Susun di atas pinggan dan tuang sos ke atasnya. Hiasan dengan hirisan lemon dan daun pasli.
Cara Untuk Sos
1. Cairkan mentega dan g reng bawang cincang sehingga lembut. Masukkan jagung manis dan tepung.
2. Kacau perlahan-lahan dan padamkan api. Masukkan susu sejat.
3. Didihkan lagi sehingga sos menjadi pekat. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

Selamat Mencuba!!!

Sabtu, 20 Ogos 2011

~Ikan Siakap Stim Tiga Rasa~

Salam semua...
hari nie admin nak kongsi 1 lagi resepi yg hot gitu..
siapa2 yang berminat boleh la cuba k...

Ikan Siakap Stim Tiga Rasa


Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya
Bahan Cincang Halus:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:-
  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi
Bahan-Bahan Sos:-
  • 2 cam. besar cili kisar
  • 1 cam. besar sos tomato
  • 2 cam. besar sos plum
  • 2 cam. besar gula pasir
  • 2 cam. besar sos cili
  • 1 cam. besar jus limau nipis
  • 1 cam. teh kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hingga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

selamat mencuba!!!

Selasa, 9 Ogos 2011

~Ayam Golek Seri Pahang~

Salam semua..
hari nie admin nak kongsi 1 resepi yang ringkas je..
kalau anda nak cuba di alu-alukan..

~ayam Golek Seri Pahang~

Ayam Golek


Bahan-Bahan

1 ekor ayam (dibersihkan)
300 gm bawng merah (dikisar halus)
5 cm halia (dititik)
2 sudu besar rempah kari ayam 2 keping asam gelugur
2 biji kelapa parut (diperah 3 cawan santan)
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakannya:

1. Satukan bawang merah, serai, serbuk kari, garam, gula, asam gelugur dan santan di dalam kuali yang besar, kemudian didihkan perlahan-perlahan di atas api yang kecil selama 20 minit.
2. Apabila kuah hampir pekat, masukkan ayam dan kacau dari semasa ke semasa sehingga ayam separuh masak.
3. Angkat ayam kemudian panggang di atas bara api selama 10 minit. Semasa dipanggang, balik-balikkan ayam sambil disiram kuah yang selebihnya. 


Selamat mencuba...

Jumaat, 5 Ogos 2011

~Nasi Kerabu Kelantan~

Salam dan selamat sejahtera kepada semua...
hari ni admin nak kongsi 1 lagi resepi
resepi kali ni datangnya dari negeri kelantan..
jadi siapa-siapa yang nak cuba tu boleh la ambil resepi ni..

~Nasi Kerabu Kelantan~

Nasi Kerabu Kelantan

NASI :

2 cawan nasi
3 helai daun limau purut@daun pandan
10 kuntum bunga nasi kerabu @ pewarna

CARA:

basuh beras seperti biasa.
kemudian masukkan bunga nasi kerabu.
anda juga boleh gantikan bunga nasi kerabu
dengan perwarna. untuk perwarna, anda hanya
perlu guna 2 titik perwarna untuk 2 cawan nasi.
jangan guna perwarna terlalu banyak kerana ia boleh
merosakkan warna nasi.

untuk menambahkan sedikit haruman
pada nasi, anda boleh letakkan daun limau
purut atau daun pandan. pastikan daun limau
purut atau daun pandan di koyak dengan menggunakan
tangan. jika daun limau purut atau daun pandan
dihiris dengan pisau, aroma baunya tidak
semerbak seperti dikoyak.

TUMIS BUDU :
budu secukup rasa
2 cawan santan
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering(direndam dengan air panas)

cara :
kisar bawang putih, bawang merah, cili kering, santan
dan juga budu. kemudian panaskan dia atas api sehingga
santan hampir pecah minyak.

KELAPA GORENG :

2 cawan kelapa goreng (di goreng sekejap)
2 ekor ikan kembung @ selar (di rebus)
1 biji bawang besar (hiris dadu)
garam dan gula secukup rasa

cara :
buang tulang ikan yang di rebus.
kemudian campurkan ikan tadi ke dalam
kelapa yang telah di goreng. kemudian
masukkan bawang besar yang telah di hiris tadi
bersama garam dan gula secukup rasa.
kemudian goreng semua bahan tadi sehingga warna kekuningan.

KERABU :
untuk bahan kerabu,
anda boleh gunakan pelbagai ulaman seperti

kubis
bunga kantang
taugeh
kacang panjang
timun batang
etc

bahan2 ini kemudiannya di hiris halus
untuk di hidangkan bersama nasi kerabu.

untuk menambahkan selera,
makan nasi kerabu bersama daging bakar
atau ayam koreng kunyit. boleh juga ditambah keropok
keping.

selamat mencuba..^_^

Selasa, 2 Ogos 2011

~Laksa Kuala Perlis~

Salam 1 U.P.S.I kepada warga-warga U.P.S.I
dan salam perpaduan untuk semua..
Hari ni admin nak tambah lagi 1 resepi untuk anda semua...
kalau anda berminat boleh la cuba...

~Laksa Kuala Perlis~
Laksa Kuala Perlis
Laksa kuala perlis amat terkenal di negeri Perlis. Berikut merupakan resepi laksa Kuala Perlis.

Bahan-bahan:

1 kg laksa beras
1 kg ikan kembung
15 cili kering-rendam air panas
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 serai-ketuk
asam keping secukupnya
1 ketul gula gherek/kerek/kabung/melaka
daun kesum
1 bunga kantan-belah 4
garam, gula
air
5 cili merah
1 in belacan
lengkuas sikit-ketuk

Cara menyediakan:

Rebus ikan ngan gula kabung, garam, asam keping & lengkuas. sejukkan , asingkan isi n tulang.

Kisar isi dengan separuh air rebusan ikan tadi. masukkan kedalam periuk.

kisar tulang ikan dengan separuh lagi air rebusan tadi, tapis & masukkan air tu kedalam periuk tadi.
kisar cili kering, cili merah, bawang2 n belacan. masukkan kedalam periuk. jerang atas api sederhanan hingga pekat sedikit.
masukkan asam n lengkuas dr rebusan ikan tadi bersama serai, bunga kantan & daun kesum.
masukkan gula, garam. didihkan lagi.

Selamat mencuba.


Isnin, 1 Ogos 2011

~ Nasi Briani Johor ~

Salam 1 U.P.S.I kepada warga-warga U.P.S.I
dan salam perpaduan untuk semua..
 
ok..admin agak terlambat untuk update blog dan berkongsi resepi kan..
mohon kemaafan tulus ikhlas dari admin di bulan yang penuh barakah ni..
ok..sebelum admin nak kongsi dengan anda semua tentang resepi hari nie..admin nak ambik kesempatan sedikit untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak dan selamat berpuasa..
jadikan bulan ini bulan yang terbaik untuk tahun ini ^_^

ok..hari nie admin nak kongsi 1 resepi dari kawasan selatan semenanjung pula..
resepinya ialah....
 
Nasi Briani Johor
 
Nasi Briani
 

BAHAN:
400 gr beras yang panjang
400 ml air
100 ml susu cair
5 sdm bawang goreng
2 sdt garam
2 biji tomato rebus, buang kulit dan bijinya
1 cm kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
¼ sdt serbuk kunyit
2 sdm minyak goreng
1 biji tomato buang biji, potong dadu
1 btg daun seledri dicincang halus
1 btg daun bawang diris halus

HIRIS HALUS:
2 tangkai cili hijau
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm lengkuas

CARA MEMBUAT:

1. Tumis bahan yang telah dihiris halus, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang sehingga harum. Tuang air, susu, bawang goreng dan tomato rebus, didihkan.

2. Masukkan beras dan garam, kacau sebentar, masak sehingga air terserap.

3. Tambahkan serbuk kunyit, kacau rata. Kukus sehingga masak.
4. Sebelum diangkat, masukkan potongan tomato, daun bawang dan seledri, kacau rata. Kukus lagi selama 10 minit. Angkat, sajikan dengan lauk lainnya.

Untuk 6 orang.

selamat mencuba...